[TERKINI] Kematian remaja di Amerika Syarikat akibat senjata melonjak 50 peratus

2023-04-08 0

Kematian berkaitan senjata api dalam di kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat melonjak 50 peratus dalam tempoh dua tahun, menurut analisis yang dikeluarkan pusat penyelidikan PEW minggu ini.

Sebelum penularan wabak COVID-19 pada tahun 2019, angka kematian akibat senjata api di kalangan kanak-kanak dan remaja amerika yang berumur di bawah 18 tahun ialah 1,732 kes.

Tetapi menjelang 2021, angka berkenaan meningkat dengan ketara kepada 2,590 kes.